Jumaat, 5 Ogos 2016

TAHUN 6: MESIN

MESIN

terbahagi kepada dua iaitu :

- mesin ringkas

- mesin kompleks


MESIN RINGKAS

- satah condong 

- skru 

- tuas

- baji

- takal

- roda dan gandar

- gear


MAKSUD DAN KEGUNAAN MESIN-MESIN RINGKAS

satah condong

= satu permukaan yang disendengkan dengan kedua-dua hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza 

= memudahkan kita bergerak dan menggerakkan beban dari satu aras ke aras yang lebih tinggi

= tangga dan jalan raya bertingkat


skru

= mempunyai satah condong berlingkar iaitu "bebenang"

= digunakan untuk menyatukan dan mengetatkan dua kepingan objek yang bergabung

= pada mulut botol, pada pemegang kaki retot dan pada kaki mentol


tuas

= terdiri daripada sebatang rod yang bergerak pada satu titik tetap yang dinamakan fulkrum 


= membantu kita untuk mengangkat dan menggerakkan objek dengan mudah




baji


= satu atau dua satah condong yang tajam hujungnya

= untuk memisah, memotong dan menggerakkan, memegang dan memberhentikan objek


takal

= terdiri daripada sebuah roda beralur yang boleh bergerak bebas

= mengangkat, menurunkan atau menarik beban apabila seutas tali / rantai dialur

= dalam kapal layar (untuk menaikkan layar), mengangkat beban dan pada tiang bendera


roda dan gandar

= menggerakkan atau memutarkan sesuatu objek

= kereta 


gear

= terdiri daripada roda atau silinder bergigi

=mengubah arah dan kelajuan pergerakan bahagian-bahagian lain dalam sesuatu mesin

= pita pembetulan (correction tape), jam tangan dan pemutar telur




2 ulasan: