TAHUN 5: PERATURAN AM BILIK SAINS
PERATURAN AM BILIK SAINS
- murid tidak dibenarkan masuk ke bilik sains tanpa kebenaran dan arahan guru
- murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah, minuman dan makanan ke dalam bilik sains
- murid dilarang menyentuh sebarang radas dan bahan di dalam bilik sains tanpa kebenaran guru
- murid tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti di dalam bilik sains tanpa kehadiran, kebenaran dan arahan guru
- murid dilarang bergurau, bermain dan berlari di dalam bilik sains
- sebarang kerosakan radas harus dilaporkan kepada guru
- bahan kimia yang berlebihan / telah digunakan tidak boleh dimasukkan ke dalam botol asalnya
- bahan kimia cecair harus dibilas / disingkirkan ke dalam singki
- bahan kimia pepejal harus dibuang ke dalam tong sampah
- semua radas harus dibersihkan dan dikembalikan ke tempat asalnya selepas digunakan
- bahan kimia dan radas tidak boleh dibawa keluar dari bilik sains tanpa kebenaran guru
- membuka tingkap bagi pengaliran udara yang bersih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan