Khamis, 31 Mac 2016

TAHUN 6: DAYA

DAYA

merupakan tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek

daya tarikan = daya yang menggerakkan objek mendekati kita

daya tolakan = daya yang mengerakkan objek menjauhi kita

KESAN DAYA

daya mengubah bentuk objek

daya mengubah arah pergerakan objek

daya memberhentikan objek yang bergerak

daya menggerakkan objek pegun

daya mengubah kelajuan objek

1. daya mengubah bentuk objek

contoh:-

 

2. daya mengubah arah pergerakan objek

contoh:-







3. daya memberhentikan pergerakan objek

contoh:-

`4. daya menggerakkan objek pegun








menjadi














5. daya mengubah kelajuan objek




DAYA TARIKAN

DAYA TOLAKAN

DAYA TARIKAN DAN TOLAKAN

Sabtu, 26 Mac 2016

TAHUN 6: AKTIVITI YANG MENGANCAM HAIWAN DAN TUMBUHAN

AKTIVITI YANG MENGANCAM HAIWAN DAN TUMBUHAN

Aktiviti manusia merupakan FAKTOR UTAMA ancaman kepada haiwan dan tumbuhan. Antaranya adalah :-

- pembalakan

- pemburuan

- penerokaan kawasan

- pencemaran seperti pencemaran air dan pemcemaran udara


CONTOH GAMBAR...

1. Pembalakan


2. Pemburuan


3. Penerokaan Kawasan


4. Pencemaran Udara


5. Pencemaran Air


6. Pencemaran Tanah


PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

Pemeliharaan bermaksud mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah.

Pemuliharaan bermaksud mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.


AKTIVITI-AKTIVITI PEMELIHARAAN

- mendidik masyarakat tentang melindungi hidupan

- elakkan membeli produk yang diperbuat daripada haiwan

- mewartakan spesies hidupan sebagai spesies yang dilindungi

- menganjurkan kempen yang menentang pembalakan

- mewartakan hutan sebagai hutan simpanan

- menebang pokok terpilih sahaja

- mewartakan taman laut

- mewartakan kawasan hutan paya bakau

- mewujudkan pusat rehabilitasi haiwan

- penanaman semula pokok hutan

- menguatkuasakan undang-undang dan peraturan pemburuan haram


AKTIVITI-AKTIVITI PEMULIHARAAN

- Pusat Pemuliharaan Penyu






anak penyu




Jumaat, 25 Mac 2016

TAHUN 6: HAIWAN DAN TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

HAIWAN DAN TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

Kini, semakin banyak bilangan spesies haiwan dan tumbuhan yang semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Lama-kelamaan kehidupan ini BOLEH MENJADI PUPUS. Hidupan ini dikatakan mengalami ancaman kepupusan.

Antara haiwan yang diancam kepupusan:-


1. Badak Sumbu

2. Orang Utan

 


3. Tapir





4. Gajah


5. Harimau


6. Panda




7. Penyu


8. Dugong


9. Gorila


10. Mexican Axoloti





Fikir sekejap...

Adakah kamu perasan bahawa kebanyakan haiwan yang terancam bersaiz besar? Mengapa?


Antara tumbuhan yang diancam pupus:-


1. Anggerik Merpati


2. Periuk Kera

  

3. Orkid Selipar




4. Kacip Fatimah

  

5. Pokok Bakau



6. Tongkat Ali


7. Rafflesia


8. Pokok Meranti

   

9. Pokok Cengal

  

10. Pokok Keruing

        


Khamis, 24 Mac 2016

TAHUN 6: KEPUPUSAN HAIWAN


KEPUPUSAN HAIWAN

kepupusan haiwan bermaksud kepupusan haiwan bermaksud lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan tersebut di bumi ini. Kita hanya boleh mengetahui kewujudannya melalui penemuan fosil,sejarah dan penyelidikan.

HAIWAN DALAM KENANGAN...

1. T-Rex 

ataupun nama saintifiknya Tyrannosaurus, merupakan salah satu dinosaur yang menyerupai cicak raksasa. Dinosaur ini juga telah menjadi salah satu watak dalam (Jurrasic World) baru-baru ini.




2. Burung Dodo

merupakan burung jinak dari kepulauan Mauritius, New Zealand. Burung ini TIDAK boleh terbang. Haiwan ini pupus akibat perbuatan manusia pada zaman itu yang memburunya  dan dijadikan sebagai sumber makanan. Telurnya pula dimakan oleh tikus dan kucing.

                                          

3. Quagga

mempunyai badan yang sebahagiannya menyerupai kuda dan sebahagiannya yang lain menyerupai kuda belang. Haiwan ini pupus akibat diburu untuk kulit dan dagingnya.



4. Mamot

atau dalam bahasa Inggeris willy mammoth, ialah seekor gajah yang memiliki rambut yang panjang. Gajah ini telah menjadi popular dan juga menjadi watak dalam (Ice Age 2).                                                                  

                                                                                                                                                















5. Spix's Macaw

burung ini diburu untuk bulunya yang berwarna biru muda. Bulunya akan dijadikan sebagai perhiasan bagi orang-orang pada zaman dahulu. Saya rasa kamu kenal burung ni. Burung ini telah menjadi kartun dalam (Rio).

    

6. Memerang Laut

ataupun sea otter, telah disahkan pupus sejak tahun 2014. Haiwan ini   pupus akibat diiburu untuk bulunya. Selain itu, pembuangan sampah ke dalam laut juga menjadi punca haiwan ini pupus.


7. Harimau Bertaring Lengkung

Sebagaimana yang anda boleh lihat, harimau ini diburu untuk taringnya yang panjang melengkung dan dagingnya.Biasanya haiwan seperti ini terkenal dalam (Tarzan).

What Desember 2011


8. Macan Dahan Farmosa

Harimau ini kebanyakannya ada di hutan MASA DULU. Orang Asli, terutamanya orang asli akan memburunya untuk mendapatkan kulitnya yang bercorak unik. 


        

 9. Harimau Jawa

Haiwan ini kebanyakannya terdapat di Pulau Jawa 30 TAHUN DAHULU. Harimau ini telah dinyatakan punah/mati di sekitar tahun 1980-an, akibat pemburuan dan perkembangan pertanian yang mengurangi habitat binatang ini.

 

10. Ikan Lumba-Lumba Cina

ikan lumba-lumba ataupun dolphin seperti di bawah sangat SANGAT JARANG dijumpai di Malaysia. Lagipun warna merah jambu. Kebanyakannya dijumpai di Cina. Tetapi ikan ini mati AKIBAT PENCEMARAN AIR dan juga diburu untuk kulitnya.