BURUJ
- merupakan gugusan bintang yang membentuk corak-corak yang menarik di langit
- merupakan sekumpulan bintang yang membentuk suatu bentuk, imej atau corak di langit
JENIS BURUJ
- buruj belatik
- buruj pari
- buruj skorpio
- buruj biduk
keempat buruj ini merupakan yang paling terang antara buruj-buruj yang lain. kita tidak boleh melihat kesemua buruj pada satu masa yang sama atau pada satu malam. Sebaliknya sesuatu buruj mempunyai masa tertentu untuk muncul di ruang angkasa langit.
Mengapa?
Ini adalah kerana kedudukan buruj-buruj ini sentiasa berubah mengikut putaran bumi yang berputar pada paksinya dan mengikut peredaran bumi yang beredar mengelilingi orbitnya.
CEBISAN INFO
terdapat 88 jenis buruj (constellations) di dunia
CIRI-CIRI BURUJ
BURUJ BELATIK (ORION)
- sekumpulan bintang yang membentuk corak seperti seorang pemburu
- buruj yang terbesar di alam semester
- garisan yang menyambungkan bintang di tengah tali pinggang ke kepala sentiasa menunjukkan ke arah utara
- boleh dilihat dari hemisfera utara dan hemisfera selatan
- dapat dilihat antara bulan Disember hingga Februari antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.
BURUJ PARI (CRUX / SOUTHERN CROSS)
- sekumpulan empat bintang yang membentuk corak pedang atau layang-layang
- dikenali sebagai buruj yang paling kecil tetapi paling mudah dikenali
- satu bintang yang paling terang pada kaki Pari biasanya menunjukkan arah selatan
- hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan
- dapat dilihat antara bulan April hingga Jun antara pukul 8.00 malam hingaa 10.00 malam
BURUJ SKORPIO (SCORPIUS)
- sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jengking
- skorpio dapat dilihat di hemisfera selatan.
- skorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogos antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam
BURUJ BIDUK (BIG DIPPER)
- sekumpulan tujuh bintang yang membentuk corak seperti senduk atau pencedok air
- dua biji bintang pada muncung pencedok itu sentiasa menunjukkan ke arah utara
- boleh dilihat di hemisfera utara
- dapat dilihat antara bulan April dan Julai antara
pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam
KEPENTINGAN BURUJ DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Pada zaman dahulu , buruj digunakan oleh pelayar, jurumudi dan pengembara untuk menunjukkan ke arah yang betul
Selain itu, sebelum wujudnya kalender buruj digunakan secara meluas dalam pertanian oleh petani untuk mengenal pasti musim menanam tanaman dan menuai. Kini, ahli astronomi menggunakan buruj sebagai rujukan untuk mengkaji kedudukan dan mengenal pasti bintang-bintang di alam semester.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan