Sabtu, 10 September 2016

TAHUN 5: PROSES HIDUP TUMBUHAN

PROSES HIDUP TUMBUHAN

CIRI-CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS TUMBUHAN

  • penyesuaian tumbuhan dengan perubahan musim
  • perlindungan tumbuhan daripada cuaca melampau
  • perlindungan tumbuhan daripada musuh

penyesuaian tumbuhan dengan perubahan musim
  • meluruhkan daun
  • menggulungkan daun
tujuan : untuk mengurangkan kehilangan air

Contoh tumbuhan :

meluruhkan daun
  • pokok getah

menggulungkan daun
  • pokok pisang
  • pokok keladi

perlindungan tumbuhan daripada iklim

tumbuhan yang hidup di kawasan:
  • gurun dan panas
  • berangin
kawasan gurun dan panas
  • daun berbentuk jarum
  • batang menyimpan air
  • akar panjang

kawasan berangin
  • daun berbentuk jarum
  • daun berpecah-pecah

Contoh tumbuhan :

daun berbentuk jarum
  • pokok ru
  • kaktus

batang menyimpan air
  • pokok pisang
  • kaktus

akar panjang
  • kaktus

daun berpecah-pecah
  • pokok kelapa
tujuan: 
  • memudahkan rintingan angin 
  • mengelakkannya daripada tumbang apabila ditiup angin 

perlindungan tumbuhan daripada musuh
  • berduri
  • bergetah
  • berbulu halus
  • beracun
  • mengeluarkan bau busuk

Contoh tumbuhan

berduri
  • pokok bunga ros
  • pokok kaktus
  • semalu
tujuan : melukakan musuh


bergetah
  • pokok keladi
  • pokok nangka
tujuan :
  • menghindarkan musuh daripada memakannya

berbulu halus
  • lalang 
  • tebu
tujuan : menyebabkan kegatalan kepada musuh

beracun
  • buah pong-pong
  • cendawan
tujuan : menyebabkan musuh sakit / mati

mengeluarkan bau busuk
  • rafflesia
  • tembakau
tujuan : menyebabkan musuh menjauhi tumbuhan 


KEMANDIRIAN SPESIES TUMBUHAN

cara pencaran biji benih
  • melalui air
  • melalui angin
  • melalui manusia dan haiwan
  • melalui mekanisme letupan

melalui air

Ciri-ciri :

  • kulit kalis air
  • sabut berongga 
  • terapung

Contoh tumbuhan : 

  • buah kelapa
  • buah bakau
  • buah pong-pong
  • buah teratai

melalui angin

Ciri-ciri :
  • mempunyai stuktur bersayap
  • ringan
  • halus
  • kecil

Contoh tumbuhan :
  • dandelion
  • lalang
  • meranti

melalui manusia dan haiwan

Ciri-ciri :

  • bercangkuk
  • berbau harum
  • rasa yang enak
  • berisi
  • berwarna terang dan menarik 


Contoh tumbuhan :
  • durian 
  • mangga
  • rambutan
  • manggis
  • semalu

melalui mekanisme letupan
Ciri-ciri :
  • kulit kering apabila masak

Contoh tumbuhan :
  • buah getah
  • keembung
  • buah saga

KEPENTINGAN TUMBUHAN

  • sumber asas manusia dan haiwan 
  • memastikan keseimbangan ekosistem
  • tempat perlindungan haiwan

KEPENTINGAN PENCARAN BIJI BENIH

  • memastikan kemandirian spesies tumbuhan 
  • mengelakkan persaingan spesies tumbuhan yang sama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan